BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Saturday, December 18, 2010

Pengalaman Dalam Persatuan

Di ukm pelbagai pengalam telah dapat dirasa dalam persatuan, pengalam-pengalaman tersebut amat memberi makna dan berguna kepada saya semasa di UKM ini. Sesungguhnya pengalaman-pengalaman dalam persatuan telah memberi banyak ilmu kepada saya dalam pengurusan. Antara program-program yang telah disertai ialah Festiwal Ilmu 09, Kem Kepimpinan Dan Pemantapan Sahsiah 09, Kem Pembentukan Insan Rabbani, Program Generasi Qurani, Sambutan Maulidur Rasul, Karnivel Ekonomi Islam dan banyak lagi.

Program Generasi Qurani:




Sambutan Maulidur Rasul:


Kem Pembentukan Insan Rabbani:



Karnival Ekonomi Islam:



Thursday, December 16, 2010

Ruangan Muhasabah:

NAFSU MUSUH YANG DICINTAI

Kehendak nafsu walaupun sangat kita sukai. Apabila sesutau itu sangat kita cintai, kita akan menjadi buta lalu kejahatan dilihat baik. Malah, kita akan menjadi hamba kepada apa yang kita cintai.

PERINGKAT-PERINGKAT NAFSU

Ulama’ tasawuf membahagikan nafsu kepada tujuh bahagian, empat bahagian dan tiga bahagian. Antara peringkat-peringkat nafsu dan cirri-cirinya ialah:

a. Nafsu Ammarah

Ammarah ertinya sangat mengajak kepada kejahatan. Ini adalah tahap nafsu paling jahat dan hina. Firman Allah yang bermaksud:

“..sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.”

surah yusuf 12:53

Orang yang bernafsu ammarah ialah orang yang berbangga melakukan maksiat dan kemungkaran. Dia merasa seronok dengan maksiat. Bahkan dia mengajak orang lain dengan mempromosikan kemungkaran dan kemaksiatan, malah berusaha melahirkan “kader” yang boleh meneruskan kemungkaran itu.

Jika ada kebaikan, dia akan menentangnya. Jika ada orang yang menegur mereka, orang itu akan dimusuhi dan ditentang. Orang yang bertahap nafsu ammarah ini juga sering menjadi “batu api” yang melaga-lagakan umat islam supaya tidak bersatu, nauzubillah. Jika tidak bertaubat, mereka akan merasai neraka di Dunia (tidak tenang dan bahagia di dunia) dan akan dicampakkan ke neraka kelak.

b. Nafsu Lawwamah

Lawwamah erti nafsu yang mencela. Orang yang mempunyai nafsu lawwamah menyedari dia sering terlibat dengan dosa. Ia menyesali akan dosa-dosa itu dan mencela dirinya sendiri. Firman Allah yang bermaksud:

“aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela kejahatan.”

Surah al-Qiyamah 75:2

Namun ketika berbuat dosa, ia terleka dan terbuai dengan kenikmatan dosa itu tanpa memikirkan akibatnya. Hanya setelah selesai melakukannya barulah timbul penyesalan. Sesungguhpun begitu keadaan itu tidak lama, ia akan kembali berdosa semula apabila ada godaan dan hasutan.

Apabila melakukan ketaatan, orang yang mempunyai nafsu lawwamah ini mudah dihinggapi rasa riyak (menunjuk-nunjuk) dan ujub (bangga diri). Dirasakan dirinya sudah baik di sisi Allah. Dia ‘perasan’ dengan kebaikannya.

Tetapi berbeza dengan orang yang bernafsu ammarah, mereka tidak merasa bangga dengan dosa dan tidak pula mengajak orang lain melakukan dosa bersamanya. Mereka ini juga ditegur. Pada masa yang sama mereka sangat suka pada majlis-majlis ilmu dan majlis agama. Hatinya mudah cair dengan tazkirah dan tawsiyah. Cuma sangat rapuh apabila digoda maksiat.

Jadi, kedudukan orang yang bernafsu lawwamah ini masih tidak selamat – di dunia maupun akhirat.

c. Nafsu Mulhamah

Orang yang mempunyai nafsu mulhamah sudah mula mendapat ilham kebaikan dalam hatinya. Ada bisikan kebaikan dalam hatinya. Ada bisikan kebaikan dalam dirinya untuk berusaha lebih gigih ke arah menjadi insane yang lebih baik. Firman Allah yang bermaksud:

“ diilhamkan kepada diri akan kejahatan dan juga ketaqwaan.”

Surah al-shams 91: 5

Orang yang berada di tahap ini sudah mampu meninggalkan tahap nafsu lawwamah. Dia mula menghisab dan menyuluh diri lalu berusaha melakukan kebaikan. Dia tidak lagi mencari ruang dan peluang untuk melakukan dosa Cuma ada masanya dia terlanjur juga melakukannya kerana kelalaiannya. Dia tidak sengaja.

Sebagai penyelesaiannya dia bukan sahaja mencari jalan untuk memperbaiki dirinya, dia juga berusaha untuk menutup peluang untuk terjebak dalam perbuatan maksiat. Kawan, suasana dan keadaan yang boleh membawa kepada dosa dihindarinya. Walaubagaimanapun nafsunya blum stabil.

d. Nafsu Mutmainnah

Inilah nafsu yang diperoleh oleh seseorang hasil mujahadah (melawan nafsu) dan riyadah al-nafs (latihan diri) secara istiqamah (konsisten). Hatinya sudah tenang kerana nafsunya sudah berjaya dijinakkan. Dia bukan sahaja seronok melakukan ketatan tetapi indah ketika meninggalkan kejahatan. Apa sahaja ijian Allah, sama ada nikmat atau musibah mampu dihadapinya dengan sabar dan redha.

Allah redha terhadap mereka sepertimana mereka redha terhadap Allah. Inilah tahap nafsu orang yang bertaqwa. Mereka menikmati al-jannah al-ajilah 9 syurga dunia yang berupa ketenangan dan kebahagiaan hidup) dan di akhirat mereka diseru untuk kembali kepada Allah menjadi penghuni syurga yang kekal abadi. Firman Allah yang bermaksud:

“wahai nafsu yang tenang, kembabalilah kepada Tuhanmudengan gembira dan mengembirakan.”

Surah al-fajr 89: 27

Inilah peringkat nafsu yang dimiliki oleh para salafussoleh yang menyebabkan mereka bukan sahaja Berjaya mengalahkan musuh lahir (munafik, Yahudi, Nasrani) malah musuh batin (syaitan dan hawa nafsu) juga dapat ditewaskan.