BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Tuesday, December 14, 2010

Perofail Peribadi

Segala puji hanya layak untuk Allah SWT sebagai pemilik sekelian alam, dan selawat dan salam ke hadhrat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarganya, para sahabatnya dan kepada mereka yang mengikut jejak langkah mereka dengan penuh ihsan hinggalah ke hari akhirat.

Bersyukur saya kepada Allah SWT kerana dengan taufiq dan inayahNya telah mengizinkan saya untuk mempelajari dan cuba menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya oleh pensyarah iaitu Dr Sti Fatimah Mohd Yassin. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya dalam membimbing saya untuk menyiapkan tugasan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Mak dan Ayah, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang telah memberi kata-kata semangat, motivasi, teguran, berkongsi ilmu, dan dorongan dalam menyiapkan tugasan ini.

Pemilik blog ini merupakan anak pertama dari 5 orang adik beradik. Berasal dari sebuah kampung dalam daerah Besut, iaitu salah sebuah daerah dalam negeri Terengganu. Bandar terdekat ialah Bandar Jerteh iaitu lebih kurang 15 minit dari kampung yang didiami.

Sekian Terima Kasih..

0 comments: